pendudukan | perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendudukan | perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendudukan | perbuatan menaklukkan sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. | Kamus Pelajar |
zaman pendudukan | masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentera pendudukan | tentera asing yg menduduki sesuatu daerah dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa Jepun | zaman pendudukan Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periode | IB 1. edaran atau pusingan masa; 2. jangka waktu (dlm sejarah dll): spt yg saya ramalkan kita akan mengalami satu ~ pendudukan Jepang; ~ 1945–1950 adalah ~ revolusi fizik; 3. Id ayat yg berupa rangkaian beberapa ayat; 4. Id kelompok bilangan yg berulang-ulang dlm pecahan repetan (pecahan perpuluhan yg mengandungi angka perpuluhan yg berulang-ulang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa I | 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentera | 1. = bala ~ sl seluruh orang yg berperang; 2. pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang (menjaga keselamatan dll); 3. = anggota ~ orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); masuk ~ menjadi askar; 4. yg bersangkutan dgn angkatan perang (dlm kata majmuk): rumah sakit ~; ~ darat bahagian angkatan perang yg bertugas di daratan; ~ gerak cepat pasukan (askar dll) yg mudah dipindah-pindahkan dgn cepat; ~ laut angkatan perang yg bertugas di laut; ~ payung terjun tentera yg terjun dr kapal terbang dgn payung terjun; ~ pendudukan tentera asing yg menduduki sesuatu daerah dll; ~ sukarela pasukan tentera yg berkhidmat secara sukarela; ~ udara angkatan perang yg dilengkapi dgn kapal terbang dll; ~ upahan askar yg diupah utk berperang; ~ wataniah pasukan tentera sukarela utk mempertahankan negara dlm masa darurat; ketenteraan perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~; petenteraan, pertenteraan tempat tentera dikumpulkan, urusan mengenai tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zaman | 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |