pendurjanaan | perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
durjana | 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini; mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini; kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |