penebatan | perihal atau perbuatan menebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penebatan | perihal menebat, penyekatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penebatan | perihal atau perbuatan menebat | Kamus Pelajar |
tebat II, = penebat | penebatan perihal atau perbuatan menebat. | Kamus Pelajar |
pengempangan | perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnesium oksida | serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebat II | 1. salut (logam dll yg mengalirkan arus elektrik) supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain; 2. benda yg menyekat panas (dingin) keluar dr benda lain; menebat menyalut (supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain): Henry ialah orang yg pertama sekali ~ dawai utk gelung magnet; penebatan perihal menebat, penyekatan; penebat tebat: bahan-bahan berongga spt kulit dan bulu adalah ~ yg baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat II | , = penebat 1 salut (biasanya drpd getah) pd wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 sesuatu yg digunakan utk menyekat panas atau sejuknya supaya tidak mengalir ke tempat lain. menebat 1 menyalut wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 melapisi dgn tebat; berfungsi sbg tebat: Lemak di lapisan bawah kulit membantu ~ badan utk menahan kesejukan. penebatan perihal atau perbuatan menebat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
magnesium | ist unsur logam berwarna putih keperak-perakan yg dpt ditempa dan digunakan utk membuat aloi, bunga api dll. ~ hidroksida serbuk putih yg agak larut dlm air dan digunakan sbg bahan perantara dlm proses pengeluaran logam magnesium. ~ karbonat serbuk putih yg tidak berbau dan tidak larut dlm air, digunakan utk membuat gelas, kosmetik dll. ~ klorida hablur putih yg lembap cair, larut dlm air dan alkohol dan digunakan dlm bahan pembasmi kuman, dlm alat pemadam api dll. ~ oksida serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. ~ sulfat sebatian berhablur yg tidak berwarna dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empang I | 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). | Kamus Dewan Edisi Keempat |