pengerek | (pengérék) penebuk lubang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerudi | sj alat utk membuat lubang (pd kayu dll), penggerek, penebuk lubang, gerimit; menggerudi 1. membuat lubang dgn gerudi; 2. mengorek lubang jauh ke dalam bumi atau di dasar laut utk mencari minyak: ~ minyak; penggerudian perbuatan (kerja dsb) menggerudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebuk I | 1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |