Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terap III; juru~ orang yg memasang dan membaiki jentera. menerap 1 memasang jentera. 2 mengikat bata dgn simen dll utk membuat dinding dsb. 3 mengikat permata pd cincin dsb. menerapkan 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. terapan 1 apa-apa yg diterap­kan; sesuatu yg dpt diterapkan. 2 hasil drpd menerap. penerapan 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. penerap 1 orang yg kerjanya menerap bata, permata dsb. 2 orang yg menerapkan ilmu, nilai dll. 3 alat utk menerap sesuatu: ~ bata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terap IVjuru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang per­mata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemi­kiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain diprak­tikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupa­kan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata.Kamus Dewan Edisi Keempat
penerapan1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penerapan1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan;Kamus Dewan Edisi Keempat
penerapan(assertion)1. Penambahan pengetahuan baru ke dalam pangkalan pengetahuan yang sedia ada. 2. Penggunaan kaedah penjangkaan seperti carta alir untuk menjangka keadaan pemprosesan, reka bentuk data, atau atur cara.Kamus Komputer
penerapan1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan.Kamus Pelajar
linguistik1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan prakti­kal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas