terbit | 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penyakit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penerbitan | 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penerbitan | 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbit | 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah matahari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, makalah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasanya jernih; 5. keluar (dr rumah, persembunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluaran (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbitan saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg menerbitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerbitan | 1 cara atau hal menerbitkan. | Kamus Pelajar |
seksi I | (séksi) 1. seksyen, bahagian: ~ penerbitan majalah; 2. Id pembedahan mayat (utk me-nyiasat sebab-sebab kematian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendalian | 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percontohan | 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembukuan | 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prospektus | (prospéktus) 1. kenyataan rasmi utk perhatian umum yg memberikan butirbutir tentang tawaran saham, penerbitan buku dsb; 2. brosur atau risalah yg memberikan butir-butir pelbagai kursus yg ditawarkan oleh sesebuah pusat pengajian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |