penerima | 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terima | bp mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menangkap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyambut | 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perakuan(acknowledgement) | 1. Isyarat jawapan yang dikirim oleh penerima dalam sistem komunikasi data untuk memberitahu pengirim yang isyarat atau blok mesej yang dikirim selamat diterima. 2. Kenyataan dalam dokumen atau perisian untuk memberitahu pengguna sumbangan pihak yang telah membantu dalam pembentukan dokumen atau perisian tersebut. | Kamus Komputer |
komunikasi(communication) | 1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. | Kamus Komputer |
pengejaman(clocking) | 1. Kaedah yang digunakan untuk menyeragamkan perjalanan dua peranti. 2. Tindakan menyegerakkan peranti penghantar dan peranti penerima dalam sistem penghantaran segerak. 3. Tindakan menjalankan peranti mengikut pemasaan jam. | Kamus Komputer |
pengendalian bertimbal(buffered operation) | 1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar. | Kamus Komputer |
herotan | 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem komunikasi(communication system) | 1. Kaedah, perkakasan, dan perisian bagi penghantaran dan penerimaan maklumat. 2. Sistem yang terdiri daripada penghantar, talian penghantaran, dan penerima data. | Kamus Komputer |
maklumat(information) | 1. Data pelbagai bentuk yang mempunyai makna tertentu atau yang membentuk idea penuh, keadaan, atau suasana bermakna. 2. Pengetahuan yang dahulunya tidak diketahui oleh pihak penerima. | Kamus Komputer |