penerimaan | 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerimaan | hal atau perbuatan menerima: ~ murid-murid baru; ~ tetamu. | Kamus Pelajar |
akaun | 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerimaan(acceptance) | Proses menerima secara formal perkhidmatan atau sistem komputer yang baru diperoleh dan sudah dipasang serta diuji oleh pembekal di tempat kerja pelanggan selepas ujian penerimaan dijalankan oleh pelanggan. | Kamus Komputer |
komunikasi data(data communication) | 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti | Kamus Komputer |
ijab | ; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab | ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab;~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar |
doket | (dokét) dokumen yg menyenaraikan (merekodkan) barang yg dihantar, fail yg diterima atau diserahkan, kerja yg dibuat dsb, biasanya dijadikan sbg bukti penerimaan, penyerahan dsb; mendoketkan memasukkan atau mencatatkan butiran penerimaan, penyerahan dsb dlm doket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambutan | 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ujian penerimaan(acceptance test) | Ujian yang dilakukan oleh pelanggan terhadap perkhidmatan atau sistem komputer yang baru diperoleh setelah sistem tersebut berada di tempat kerja pelanggan dan siap dipasang serta diuji oleh pembekal. Ujian ini dilakukan bagi memastikan sistem tersebut memenuhi semua keperluandan jangkaan pengguna, seperti yang tercatat dalam perjanjian pembekalan. | Kamus Komputer |