pengabaian | perbuatan atau hal mengabaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengabaian | perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengabaian | perbuatan atau hal mengabaikan. | Kamus Pelajar |
peniskalaan(abstraction) | Pengabaian perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dikaji untuk membolehkan tumpuan dikhususkan terhadap perkara pokok pada tahap yang lebih niskala. | Kamus Komputer |
pengetepian | perihal atau perbuatan mengetepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengabaikan | 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
abai | tidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
abai | tidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1. tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2. menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. | Kamus Pelajar |
abai | cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepi | 1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umumnya, siswazah tempatan akan ~ dan tersingkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan mengetepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpulkannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiatan kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |