pengabdian | perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengabdian | perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan: tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelektualisme | (inteléktualisme) 1. pengabdian kpd penggunaan intelek atau daya berfikir: Islam membawa semangat rasionalisme dan ~ bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan rakyat jelata; perkembangan profesional memberi fokus kpd ~; 2. doktrin yg menekankan bahawa pengetahuan terhasil dgn taakulan tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedikasi | (dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu; berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi: diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masyarakat; mendedikasikan menujukan sesuatu (mesej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda penghormatan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pematuhan | perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khidmat | 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patuh | menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abdi | 1 orang yg menjadi milik orang lain dan terpaksa menjalankan segala perintah tuannya dan boleh pula diperjualbelikan; hamba tebusan. 2 orang bawahan; hamba. mengabdi menjadi abdi; berlaku sbg abdi: Ketika itu, mereka semuanya berjanji akan ~ kpd nusa dan bangsa. mengabdikan 1 menjadikan abdi; menghambakan: Sepanjang hayatnya, baginda telah ~ dirinya kpd Tuhan dgn takwa. 2 menjadikan sbg abdi; memperlakukan spt abdi: Pd zaman moden ini, masih ada juga orang yg sanggup ~ orang-orang bawahan mereka. 3 memakai (sesuatu utk); menggunakan (sesuatu utk): Beliau telah ~ segenap tenaganya utk kepentingan negara. pengabdian perbuatan, hal dsb mengabdi atau mengabdikan: ~ terhadap agama, bangsa dan negara; Masalah ~ dan kerja paksa telah diselesaikan melalui undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |