pengacara | orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengacara | 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wawancara | soal jawab antara wartawan, pengacara dsb dgn orang terkemuka dll; temu ramah; interviu. berwawancara bersoal jawab antara wartawan, pengacara dsb dgn orang terkemuka dll; bertemu bual. mewawancara mengadakan wawancara dgn; menemu ramah. pewawancara orang yg mewawancara; penemu ramah; penginterviu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
emsi | (émsi) bp pengacara majlis, juruacara majlis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwawancara | bersoal jawab antara wartawan, pengacara dsb dgn orang terkemuka dll; bertemu bual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembicara | 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bicarawara | rancangan radio atau televisyen yg mengandungi temu bual antara pengacara dgn tetamu undangan, berkaitan dgn tajuk tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peguam | orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hos II | 1. orang (spt tuan rumah dsb) yg meraikan tetamu (dlm sesuatu majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dsb, pengacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guam I | sl perselisihan, perkelahian, persengketaan (dlm mahkamah); berguam berselisih, berkelahi, bersengketa; guaman, perguaman persengketaan, perbicaraan (dlm mahkamah); pembantu ~ pegawai yg menyusun perjalanan perkara dlm mahkamah; peguam orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |