terkedepan | berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litar | 1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugasnya; ~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; ~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan membolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengadil litaran | pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengadil | 1 orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2 orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengadil | 1. orang yg mengadili sesuatu perkara (di mahkamah); hakim. 2. orang yg mengadili sesuatu pertandingan (pertunjukan dll). | Kamus Pelajar |
pengadil | 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad kuning | (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad kuning | kad kecil yg berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, mis dlm permainan bola sepak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
depan | hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pasangan, telefonlah sahaja; kalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka; mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketua bong | pengadil di gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |