Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaduan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengaduan1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
adu Iberadu 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberi­tahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menye­nangkan) utk mendapatkan pertolong­an (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusah­kannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; memperadu-adukan memperadudombakan; aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; peraduan pertandingan: ia telah berjaya men­jadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu; pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll; pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakim I1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
adu I; beradu 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. mengadu 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. mengadukan mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. aduan hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. peraduan perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabangsa. pengaduan perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. pengadu 1 (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2 orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adu I;beradu 1. bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2. berlaga; bersabung: ayam ~. mengadu 1. menjadikan binatang (spt ayam dll) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2. memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3. menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. mengadukan mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. aduan hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. peraduan perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabanga. pengaduan perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. pengadu 1. (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2. orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya. adu domba; mengadu domba memperlagakan domba. mengadudombakan mengacum satu pihak supaya bermusuhan-musuhan dgn pihak yg lain: Janganlah suka ~ kawan-kawan sendiri.Kamus Pelajar
bohongberlainan drpd yg sebenarnya (cerita, keadaan, dll), dusta, karut, palsu: ia membuat pengaduan ~; cakap ~; ~ sunat bp berbohong dlm perkara kecil yg terpaksa dilakukan, yg kononnya bertujuan utk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dsb;berbohong, membohong bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~;membohongi bercakap bohong kpd, mendustai: boleh jadi ia telah ~ aku;membohongkan 1. menganggap bohong, mengatakan bohong; 2. Id menyangkal, mengingkari: dibohongkannya segala keterangan saksi itu;kebohongan perihal bohong, sesuatu yg bohong;pembohongan perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;pembohong 1. orang yg suka membohong; 2. suka membohong.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuntut; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas