Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngai.tan] | ڤڠاءيتن

Definisi : perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaitan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengaitanperihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
persukuan(quadrature)Cara pengaitan fasa dua isyarat berkala yang sama tempohnya apabila perbezaan fasa antara kedua-dua isyarat ialah satu daripada tempoh satu kitar.Kamus Komputer
pautan asas(basic linkage)Atur cara yang digunakan berulang kali untuk mengaitkan dua atur cara atau dua rutin menjadi satu. Pengaitan ini mengikut peraturan tertentu yang telah ditetapkan.Kamus Komputer
kait I1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-­paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan men­jadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas