berseorang | 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseorangan | , berseorang 1. dgn cara seorang-seorang; pengajaran ~ pengajaran dgn cara seorang-seorang; 2. seorang diri: soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wiyata | Jw ark pengajaran: ~ praja jawatan urusan pengajaran di Yokyakarta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perguruan | 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iktibar | Ar pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran (contoh, ibarat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengajaran | 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengajaran | 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedo-man: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengajaran | 1. segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya dll): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2. sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. | Kamus Pelajar |
kias I | Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagan I | 1. tiang-tiang rumah yg baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan; 2. (gambar) lakar; peta ~ Id peta lakar; 3. (gambar) rancangan: oleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dr segi politik; ~ pengajaran bahasa rancangan pengajaran bahasa; 4. pangkalan: balak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;berbagan 1. mempunyai bagan; 2. berpangkalan: mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |