Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.khir] | ڤڠاخير

Definisi : sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakhir


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengakhirsesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
rekod pengakhir(trailer record)Rekod yang kedudukannya mengikut rekod sebelumnya.Kamus Komputer
abadiAr 1. ada permulaan yg tiada pengakhir­an (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak ber­kesudah­an, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, me­nge­kalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadi­kan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui per­cetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pe­ngekal­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang anakair pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang II1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.Kamus Dewan Edisi Keempat
tamat1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
akhirnya1. = ~ kelak = akhir-akhirnya ke­sudah­an­nya; 2. yg belakang sekali, bela­kang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tem­poh­nya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adik­nya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau meng­akhir­kan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (me­namat­kan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas