Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengamalan 1

Juga ditemukan dalam:


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
amal1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. per­buatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt ber­derma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengamalan1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
etika(étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunai1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ mem­bayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak ber­hutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm menger­jakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perin­tah, pesanan) mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan); ~ cita-cita berusaha men­capaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
amal1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas