pengendalian lengkap(complete operation) | 1. Pengendalian yang dijalankan dari mula hingga akhir. 2. Pengerjaan lengkap kitar mesin pemproses yang bermula dengan pengambilan suruhan, pengambilan kendalian, pelaksanaan suruhan, dan persembahan serta penyimpanan keputusan hasil pemprosesan. | Kamus Komputer |
pengambilan | perbuatan atau hal mengambil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengambilan | 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengambilan | perbuatan atau hal mengambil. | Kamus Pelajar |
adopsi | IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sbg anak angkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepanjang pengambilan saya | sepanjang pengetahuan saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
overdraf | 1. pengambilan wang dr bank yg melebihi simpanan di bank; 2. jumlah wang dikeluarkan dr bank yg melebihi simpanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni foto | seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang ekonomi | permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakar diet | pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pengawalan makanan | Kamus Dewan Edisi Keempat |