penganiayaan | perbuatan menganiaya; penyeksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penganiayaan | perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penganiayaan | perbuatan menganiaya; penyeksaan. | Kamus Pelajar |
pogrom | penganiayaan (penghapusan) secara terancang sesuatu kumpulan etnik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teratu | ark sl penganiayaan, penyeksaan; tempat ~ tempat menyeksa orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksaan | 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemapaan | perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papa I | sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu menambahkan kerugian sahaja; memapakan menyebabkan (menjadikan) papa; kepapaan keadaan papa: menderita ~; pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aniaya | perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |