Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.jur] | ڤڠنجور

Definisi : 1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganjur


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dorongan1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
penganjur1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penganjur1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.Kamus Dewan Edisi Keempat
penganjur1. orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2. orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll.Kamus Pelajar
imamAr 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam.Kamus Dewan Edisi Keempat
imam1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanah penganjurtanah yg menganjur ke laut, tanjung;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengawampenganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
impresario(imprésario) penganjur (pengurus, penerbit, pengarah, dsb) kumpulan hiburan, spt muzik, sandiwara, konsert, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemukapemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas