Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengantara, perantara


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengantara, perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerja­sama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ se­puluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertang­kap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisah­kan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (ber­tindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (men­jadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
antara1. jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2. di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3. masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4. di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tetapi masih menganggur. berantara 1. ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2. tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1. memisahkan dua benda dsb: Banjaran gunung Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2. menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah.Kamus Pelajar

Kembali ke atas