Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengapak 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kapak Ialat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengapak1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
besi1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas