pengarahan | perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengarahan | 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemanggungan | kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di panggung, pementasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip, pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panggung | 1. lantai yg bertiang (utk meninjau-ninjau dll); rumah ~ a) rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat; 2. pentas tinggi tempat bermain sandiwara dll; ~ wayang (gambar) tempat menayangkan wayang gambar; seri ~ pelakon bangsawan (sandiwara) yg utama (terkemuka); 3. tempat duduk penonton yg tinggi (di stadium dll); 4. penonton wayang dll; berpanggung mempunyai panggung: rumah Melayu awal ialah rumah ~ dan berbumbung lipat kajang; memanggung mengangkat; ~ kepala mengangkat kepala: Tukya ~ kepala melihat Besah yg bertimpuh di sisi Lamin; memanggungkan memainkan sandiwara di panggung, mementaskan; panggungan 1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2. penonton (wayang dll); pemanggungan kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di panggung, pementasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip, pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |