pengaturcaraan logik(logic programming) | Pengaturcaraan komputer yang dilakukan dengan menyatakan keterangan logik simbolik sebagai fakta dan hukum bagi masalah. Bahasa pengaturcaraan logik seperti Prolog kemudian digunakan untuk menyelesaikan masalah dengan mencari jawapan bagi masalah yang dibangkitkan. | Kamus Komputer |
bahasa berorientasi objek(object-oriented language) | Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kaedah pengaturcaraan berorientasi objek. Misalnya, Smalltalk dan C++. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming) | Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek. | Kamus Komputer |
Forth | Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dibentuk oleh Charles Moore pada 1970-an untuk melaksanakan pengaturcaraan berfungsi pada komputer peribadi. Kemampuan bahasa ini termasuk pengaturcaraan berstruktur, pembangunan atas bawah dan penggunaan ingatan maya. | Kamus Komputer |
bentuk Backus-Naur(Backus-Naur form) | Sistem tatatanda untuk menulis rangka rasmi sintaksis bahasa pengaturcaraan, terutama sintaksis bahasa pengaturcaraan berstruktur seperti Pascal. Sistem ini diperkenalkan oleh John Backus untuk menerangkan mekanisme bahasa Algol 60 dan laporannya telah disunting oleh Peter Naur.Sinonim bentuk Backus normal.Singkatan BNF. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan | (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan penggunaan(application programming) | Tindakan yang berkaitan dengan pembinaan atur cara yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugas. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan automatik(automatic programming) | 1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan optimum(optimum programming) | Pengaturcaraan yang cuba mencapai kecekapan terbaik dari segi kelajuan pelaksanaan, penggunaan sumber tanpa pembaziran, dan penggunaan komputer dengan berkesan. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan kefungsian(functional programming) | Pengaturcaraan yang menggunakan fungsi untuk membina atur cara penggunaan. | Kamus Komputer |