pengawal peribadi | pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hulubalang | 1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peribadi | 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal selia | pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengawal imbang | ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengawal selia | pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal pantai | (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal kampung | pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal | 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawal peranti(device controller) | Perkakasan yang berfungsi untuk mengawal pengendalian peranti persisian. | Kamus Komputer |