pengawas | orang yg mengawasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengawas | orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang yg mengawasi hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengawas video rencam(composite video monitor) | Unit paparan komputer jenis berwarna yang menggunakan isyarat elektron untuk menghidupkan bintik warna dalam setiap unsur gambar. | Kamus Komputer |
pengawas video(video monitor) | Peranti yang digunakan untuk memaparkan isyarat video yang disalurkan dari komputer atau sebarang penjana isyarat video. | Kamus Komputer |
pengawas(monitor) | 1. Perkakasan, perisian, atau manusia yang mengawas, menyelia, mengawal atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sistem atau proses. 2. Atur cara komputer yang menyediakan kod mesin daripada atur cara dalam bahasa sumber. | Kamus Komputer |
pengawas | orang yg mengawasi. | Kamus Pelajar |
tetingkap(window) | 1. Kawasan bersegi empat pada tabir paparan pengawas video yang memaparkan sebahagian daripada gambar atau teks terpilih bagi fail tertentu. Saiz tetingkap yang terbesar ialah seluas kawasan tabir pengawas. Lebih daripada satu tetingkap pelbagai saiz boleh wujud pada tabir pengawas pada satu-satu masa. 2. Peruntukan saiz mesej, data atau kedua-duanya ditetapkan oleh unit penerima pada unit penghantar dalam suatu protokol sistem rangkaian perhubungan komputer. | Kamus Komputer |
pengawas monokrom(monochrome monitor) | Unit paparan komputer yang hanya memaparkan satu warna aksara sahaja seperti hijau, putih, atau jingga dengan latar belakang hitam. Pengawas jenis ini sesuai untuk kegunaan bukan grafik, seperti pemproses kata, kerana paparannya terang dan jelas. | Kamus Komputer |
sistem pengawas(monitor system) | 1. Sistem yang boleh terdiri daripada perkakasan, perisian, dan manusia atau salah satu daripadanya yang digunakan untuk mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sistem atau proses. Sistem pengawas ini boleh menyelaku pemproses utama, memastikan kesinambungan antara tugas-tugas, mengawasi ralat, dan menjaga perakaunan sistem. 2. Sistem penyeliaan atau pemerhatian sesuatu pengendalian atau pelaksanaan untuk memastikan pengendalian atau pelaksaan itu betul dan mengikut peraturan atau tentuan yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
penyalut skrin tak memantul(non-reflective screen coating) | Penyalut skrin pengawas video yang diperbuat daripada bahan yang tidak memantulkan cahaya. Penyalut ini diletakkan di hadapan skrin pengawas video untuk mengurangkan silau pada pengguna. | Kamus Komputer |