pengebun | orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |