pengecut | orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengecut | orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengecut | orang yg kecut hati; penakut:Budak ~ itu sudah lari. | Kamus Pelajar |
berani I | 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabar | penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1 ajakan utk berlawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemirah | penakut, pengecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang jantan | pengecut, penakut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabar | penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1. menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2. mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3. memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb:tugas yg ~. 4. mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1. ajakan utk berlawan; tantangan. 2. sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. | Kamus Pelajar |
nyali kecil | penakut, pengecut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayus | tidak bersifat kelelakian; pengecut; penakut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |