pengekodan | perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengekodan automatik(automatic coding) | Rutin bahasa mesin yang disediakan untuk menjanakan kod atur cara secara automatik. | Kamus Komputer |
pengekodan(coding) | Proses menulis senarai suruhan sebenar bagi sesuatu atur cara dalam bahasa pengaturcaraan komputer. | Kamus Komputer |
pengekodan capaian minimum(minimal access-coding) | Pengekodan yang digunakan dalam pengaturcaraan untuk mencari kedudukan data supaya masa capaian dan masa pemindahan data dapat dikurangkan. | Kamus Komputer |
skema pengekodan(coding scheme) | Kaedah kerja dan bentuk kod yang digunakan bagi sesuatu sistem kod. | Kamus Komputer |
peranti pengekodan(coding device) | Peranti yang digunakan untuk mengekodkan data atau objek mengikut sistem kod. | Kamus Komputer |
matriks pengekodan(coding matrix) | Matriks yang mengandungi persilangan antara objek dengan kod yang perlu digunakan. | Kamus Komputer |
kod perduaan(binary code) | Sistem pengekodan yang menggunakan hanya dua kod asas, seperti 0 dan 1, tutup buka, atau padam nyala, bagi mengekodkan sebarang data. | Kamus Komputer |
kod makro(macro code) | Kaedah pengekodan atur cara. Dalam kaedah ini, suatu kumpulan suruhan mesin dikodkan untuk diwakili oleh kod tertentu. Kod ini kemudian boleh digunakan di mana-mana bahagian atur cara seperti suruhan mesin sistem yang asal. Kaedah ini membolehkan suruhan mesin baru diwujudkan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
ASCII terluas(extended ASCII) | Skim pengekodan aksara yang mengembangkan set kod ASCII asal menjadi 256 aksara dengan penggunaan kod 8 bit. 128 kod aksara tambahan ini, yang dikodkan dengan bit tertingginya bernilai satu, mengandungi aksara grafik, aksara Greek dan set huruf bahasa asing yang tidak menggunakan huruf Rumi. | Kamus Komputer |