Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal mengemaskinikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengemaskinian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengemaskinianperbuatan atau hal mengemaskinikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengemaskinianperbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengurusan rekod(record management)Perihal pengurusan seperti penciptaan, penyimpanan, pemerolehan, pengemaskinian, dan pemusnahan rekod mengikut sistem tertentu.Kamus Komputer
pengurusan pangkalan data(data base management)Tugas yang berkaitan dengan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data secara bersistem.Kamus Komputer
sistem pengurusan pangkalan data(data base management system)Kumpulan perisian yang digunakan untuk menguruskan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data. Singkatan DBMS.Kamus Komputer
kemas kini1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemas kinilengkap dgn (mengandungi, mem­punyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur­-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas