emulsi | (émulsi) (Kim) 1. koloid yg merupakan campuran dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya, mis susu; 2. bahan peka cahaya yg terdapat pd permukaan filem fotografi; cat ~ sj cat yg pigmennya terampai, biasanya dlm resin sintetik, yg tersebar dlm air sbg emulsi; pengemulsian 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut; 2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk mengekalkan keadaan emulsinya; pengemulsi 1. bahan kimia yg ditambahkan kpd bahan lain dlm keadaan emulsi, spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerin; 2. alat, spt mesin pengisar utk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengemulsian | 1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tersebut; 2. proses menambahkan bahan kimia kpd sesuatu emulsi utk mengekalkan keadaan emulsinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emulsi | /émulsi/ campuran dua cairan yg tidak dpt bersebati (spt air dgn minyak); cairan yg di dlmnya terdapat ampaian butir-butir minyak atau lemak. pengemulsian proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tsb. pengemulsi 1 bahan kimia yg ditambahkan pd bahan lain (dlm keadaan emulsi), spt makanan, mis marjerin, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan tsb supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah. 2 alat, spt mesin pengisar, utk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garam | 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |