pengendalian siri selari(serial-parallel operation) | 1. Pengendalian yang menggabungkan ciri pengendalian siri dan pengendalian selari dalam pemprosesan. 2. Pengendalian yang mengendalikan data bersiri pada satu bahagian dan kemudian mengendalikan data selari pada bahagian yang satu lagi. | Kamus Komputer |
gabungan pengendalian(operation combination) | 1. Penggabungan beberapa pengendalian proses menjadi satu pengendalian. 2. Kandungan pengendalian yang terdiri daripada gabungan beberapa pengendalian pilihan. | Kamus Komputer |
pengendalian pelengkap(complementary operation) | 1. Pengendalian dalam logik Boolean yang menyongsang hasil pengendalian terdahulu. Misalnya, bit 0 digantikan dengan bit 1, dan bit 1 digantikan dengan bit 0 bagi nilai yang terjadual. 2. Pengendalian berlawanan yang dilakukan untuk menyokong pengendalian utama yang sedang dilakukan. | Kamus Komputer |
pengendalian tempatan(local operation) | Pengendalian yang hanya mengakibatkan perubahan pada bahagian kandungan dokumen di tempat pengendalian tersebut dilakukan. Misalnya, penukaran ejaan. | Kamus Komputer |
pengendalian bertimbal(buffered operation) | 1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar. | Kamus Komputer |
pengendalian | perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengendalian harga | pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengendalian | perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengendalian titik terapung(floating-point operation) | Pengolahan dua nombor titik terapung untuk mendapatkan hasil satu nombor titik terapung. | Kamus Komputer |
pengendalian tambah(add operation) | Pengerjaan suruhan yang menambahkan nombor yang berada dalam daftar atau kedudukan ingatan kepada nombor yang berada dalam penumpuk. Hasil penambahan biasanya akan diletakkan pada kedudukan ingatan selepas kedudukan nombor tambahan atau ditinggalkan dalam penumpuk, bergantung kepada jenis suruhan tambah yang digunakan. | Kamus Komputer |