pengesahan | perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengesahan | perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengesahan | perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahkik | Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi; mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengabsahan | pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tashih | Ar pengesahan (pengakuan benar) sese-buah kitab dll;mentashihkan mengaku atau mengesahkan sesuatu itu benar: ayat ini telah ~ ayat dlm surah al-Baqarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratifikasi | IB pengesahan perjanjian oleh parlimen dll: tinggal saja ~ pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat; meratifikasi, meratifikasikan mengesahkan (perjanjian dll): lalu diteruskan ke D.P.R. utk diratifikasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | dan pengesahan sesuatu akaun (oleh akauntan). mengaudit memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. pengauditan perbuatan atau hal mengaudit. | Kamus Pelajar |