Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengetua 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengetua1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua;Kamus Dewan Edisi Keempat
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketua1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketua1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2. orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua:Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin:Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua.Mereka telah ~ dia kerana dia pengalamannya banyak. pengetua orang yg mengetuai sesebuah maktab atau pusat latihan: ~ Maktab Perguruan.Kamus Pelajar
guru1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya.Kamus Dewan Edisi Keempat
fokus1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik.Kamus Dewan Edisi Keempat
guruorang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketua1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab.Kamus Dewan Edisi Keempat
tua1 sudah lama hidup; tidak muda lagi; sudah berumur: Neneknya sudah ~. 2 lebih umur (drpd): Anaknya ~ tiga bulan drpd anak jirannya. mak ~ saudara perempuan yg sulung kpd ibu atau kpd bapa. 3 sudah lama; tidak baru lagi; sudah ada sejak dahulukala lagi: Kerisnya ~ tetapi masih berharga. 4 sudah masak atau sudah boleh di­petik (ttg buah-buahan): Buah nangka itu sudah ~. 5 agak hitam; kehitam-hitam­an warnanya; lw cerah: merah ~. ~ bangka orang yg sangat tua tetapi tidak senonoh kelakuannya. ~ ganyut sangat tua. ~ keladi orang yg tua tetapi tidak sedar diri kerana buruk perangai, gila perempuan dll. menuakan 1 menjadikan tua: ~ emas. 2 memandang atau menyifatkan lebih tua drpd. tertua 1 yg paling tua: Buku inilah yg ~ dlm perpustakaan ini. 2 lebih tua: Ahmad ~ dua tahun drpd Hassan. ketuaan sifat atau keadaan tua. ketua pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. pengetua kepala atau ketua sesuatu maktab (kolej dll): Encik Sanusi menjadi ~ Dewan Latihan itu. Yang Dipertua yg dijadikan ketua (sesuatu persatuan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
guruorang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1. belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2. berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1. segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar: ~ tinggi universiti. 2. segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Kamus Pelajar

Kembali ke atas