penggalas | penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang kelontong | penjaja (penggalas) barang-barang kelontong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelentong I | (keléntong) sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja atau penggalas barang-barang kelontong (barang-barang spt benang, jarum, sikat, dll); Cina ~ penjaja (Cina) yg menggunakan kelentong (utk menjual barang-barang kelontong). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelontong I | sj alat yg digunakan oleh penjaja (utk menarik perhatian pembeli), kelentong; barang-barang ~ barang-barang kecil utk penggunaan hari-hari (spt benang, jarum, sikat, dll); kedai (toko) ~ kedai (toko) yg menjual barang-barang kelontong; tukang ~ penjaja (penggalas) barang-barang kelontong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galas | 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |