penggaris | kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggaris | kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggaris | kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar |
kayu penggaris | kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayu rul | kayu pembaris (penggaris). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rul | bp; kayu ~ kayu pembaris (penggaris). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belebas I | 1. kayu (buluh dll) yg memanjang utk menguatkan dinding; 2. = ~ tenun kayu panjang yg menghubungkan kedua-dua tapak ani; 3. kayu penggaris (pembaris), mistar; 4. kayu yg menahan pukulan (tetakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursor(cursor) | Aksara yang digunakan sebagai penanda kedudukan aksara masa kini pada tabir paparan video. Penanda ini dikawal pergerakannya dari papan kekunci komputer. Aksara yang biasa digunakan ialah aksara bongkah berkelip atau penggaris bawah ( _ ). | Kamus Komputer |
garis | 1 = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3 sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4 kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 o Selatan. ~an Artik garisan lintang Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garis I | 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |