gilap | licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok); bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~; gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan; penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggilap | 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraso | sj cecair penggilap barang-barang logam supaya berkilat semula;berberaso 1. telah dibubuhi beraso: kain buruk yg ~ itu disapukan pd bekas tembaga itu; 2. telah dicuci dgn beraso: piala itu sudah ~; memberaso menggosok dgn beraso, membubuh beraso: jari-jari roda basikal yg sudah diberaso itu digosoknya juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |