Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggilingan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling.Kamus Dewan Edisi Keempat
penggilingan1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengisar1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengisar (padi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kilang I1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utama­nya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat menge­luarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, meng­himpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengi­lang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kincir1. = ~ air sj roda yg dipasangkan pencedok air pd lingkarannya utk mengairi sawah dll: ~ air digunakan utk mengambil air yg jauh di bawah dan tidak dapat mengalir ke sawah; 2. = ~ air sj roda besar yg diputar dgn kuasa air utk menggerakkan alat jentera; 3. = ~ angin sj roda besar yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum dll); 4. = ~ angin baling-baling; 5. roda pemintal (penggulung) benang, rahat; ~ padi Mn alat utk menggiling (mengisar) padi, penggilingan padi; berkincir; ~ alir = kincir alir Mn pintar (cekap) dlm menjawab dll; kinciran jentera (roda) yg digerakkan oleh air (angin dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
beras1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kisar Iputaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~; kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, peng­ubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengi­sar (padi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas