pengguguran | perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengguguran | perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elipsis | (élipsis) 1. tiga titik berurutan (...) yg menandakan pengguguran kata dlm teks; 2. (Lin) pengguguran sebahagian kata dlm suatu ungkapan, tetapi dapat difahami dlm konteks berkenaan, mis bagi soalan Sudah makan?, dijawab Sudah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apokope | (apokopé) (Lin) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu atau lebih di hujung kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afesis | (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan menjadi bang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aferesis | (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi ujung dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinkope | (sinkopé) (Lin) pemendekan sesuatu kata dgn menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dr tengah-tengah kata itu, mis pengguguran ha dlm sahaja menjadi saja, dan id dlm tidak menjadi tak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindaan | 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komando | 1. perintah (dlm perbarisan dll), abaaba: ketua pasukan menjerit memberi ~; 2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari; mengomando memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinda | ; meminda membetulkan (kesalahan dll), membaiki, mengubah: undang-undang ini telah dipinda; pindaan 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb; pemindaan hal atau perbuatan meminda: ~ yg memberi hak “mengawal, mengehadkan atau menahan,” tetapi bukannya melarang kemasukan orang-orang asing; peminda pihak atau orang yg meminda sesuatu, spt peraturan, garis panduan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |