Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.lu.ngan] | ڤڠݢولوڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggulungan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penggulunganperihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
gulung I1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb); gulung-gemulung = bergulung-gulung; bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~; menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; tergulung sudah digulung; gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat; penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; penggulung alat dll utk menggulung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas