penumpu data(data concentrator) | 1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula. | Kamus Komputer |
penghantaran | perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghantaran | perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghantaran selari(parallel transmission) | Kaedah menghantar serentak semua bit atau isyarat di dalam liang melalui talian atau saluran yang berasingan bagi setiap bit atau isyarat. | Kamus Komputer |
penghantaran ralat(error transmission) | Proses bagaimana ralat disebarkan ke dalam sistem. | Kamus Komputer |
penghantaran data(data transmission) | Pengiriman data dari suatu sistem ke suatu sistem yang lain. | Kamus Komputer |
penghantaran | perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. | Kamus Pelajar |
penghantaran jalur asas(baseband transmission) | Penghantaran terus isyarat digital pada suatu jarak pendek dengan menggunakan talian suwa atau dawai pembawa sepunya, tanpa menggunakan pembawa termodulat. Hanya satu isyarat sahaja yang boleh berada dalam talian pada satu-satu ketika. | Kamus Komputer |
baud penghantaran data(data transmission baud) | Kadar kelajuan penghantaran data bersiri melalui saluran perhubungan, dan disukat dalam unit baud. | Kamus Komputer |
ralat penghantaran(transmission error) | Ralat yang berpunca daripada proses penghantaran data. | Kamus Komputer |