penghapus | 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghapus | 1. alat utk menghapuskan sesuatu; 2. orang yg menghapuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghapus | 1. orang yg menghapuskan. 2. alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar |
hapus | 1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hapus | 1. tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2. hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3. telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1. menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2. menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3. memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1. orang yg menghapuskan. 2. alat utk menghapuskan. | Kamus Pelajar |
hapus | 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersihkan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn menyapu: ~ conteng pd dinding; 2. menghilangkan, meluputkan, meniadakan, membanteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, menganggap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerahkan segala kekuasaannya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan sesuatu; 2. orang yg menghapuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |