penghayatan | perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filharmonik | berkaitan dgn persembahan, penghayatan dsb orkestra, muzik dsb: dewan ~; orkestra ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apresiasi | (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dgn lebih bermakna dan berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apresiasi | /aprésiasi/ 1 penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dsb seseorang atau sesuatu pihak. 2 pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni: Mereka berusaha memperluas kegiatan ~ seni di kalangan masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hayat I | Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |