penghinaan | perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghinaan mahkamah | (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghinaan | perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghinaan | perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar |
nista | 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergembira | bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik gembira | bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masokisme | (Psi) kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau keseronokan, terutamanya nikmat syahwat, drpd kesakitan, penderitaan atau penghinaan diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cambuk | 1. tali yg bertangkai utk menyebat, menggertak binatang, dsb, cemeti, sambuk; 2. ki penggalak, perangsang: penghinaan yg biasa didengarnya dr mulut orang di Ambon telah menjadi ~ baginya akan menyelidiki suku bangsanya yg asli itu sedalam-dalamnya; mencambuk 1. menyebat dgn cambuk; 2. ki mengerah agar menurut (bekerja dll); pencambukan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mencambuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si I | 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |