penghormatan terakhir | perbuatan memberi hormat kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghormatan | perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghormatan terakhir | perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghormatan | perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhannya; ~ terakhir perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghormatan | perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. | Kamus Pelajar |
penghargaan | perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puja | sj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur pesta utk memperingati hari jadi; ~ puji berbagai-bagai macam puja dan puji; memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjungnyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyanjung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta); pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~; pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll); pemuja orang yg memuja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanjungan | 1 penghormatan yg diberikan; penghargaan; pujian. 2 seseorang yg disanjung; yg selalu dipuji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembah | 1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanjungan | 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |