pengimbasan | (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengimbasan optik(optical scanning) | Teknik pengecaman tanda kod atau aksara tertulis atau tercetak oleh komputer dengan menggunakan kaedah pengimbasan fotooptik. | Kamus Komputer |
faks | dokumen dsb yg dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb;memfakskan menghantar faks: mesej penting ini akan difakskan kpd semua pemimpin parti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin faks | mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin pengimbas(scanning machine) | Mesin yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer dengan mengimbas maklumat. Pengimbasan ini dilakukan sama ada melalui kaedah optik atau magnet. | Kamus Komputer |
pemasukan data(data entry) | Proses menukarkan data kasar kepada bentuk yang sesuai untuk diproses oleh komputer. Proses ini meliputi semua kaedah masukan komputer, seperti penaipan, pengimbasan, penulisan, dan pertuturan. | Kamus Komputer |
mesin | (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbas | 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali ~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan (desakan); seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang; imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |