pengingkar | orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengingkar | orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingkar | 1 tidak membenarkan; menafikan: Orang yg memuja berhala ialah orang yg ~ terhadap keesaan Allah. 2 tidak mahu; tidak menurut: Ada orang yg ~ beramal. mengingkari tidak mahu menerima perintah (suruhan dll); tidak mahu membenarkan; menyangkal; menafikan: Sesiapa yg ~ undang-undang berkurung ini akan ditembak. keingkaran hal ingkar; keengganan. pengingkaran perbuatan atau hal mengingkari. pengingkar orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingkar | Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |