pengkomputeran | proses dsb mengkomputerkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengkomputeran | perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkomputeran pengguna(user computing) | Perkakasan dan perisian komputer, penggunaan, cara kerja dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kemudahan dan keperluan untuk pengguna menggunakan komputer. | Kamus Komputer |
pengkomputeran(computerization) | 1. Penukaran kegiatan atau proses yang dibuat oleh manusia kepada kegiatan atau proses yang dilakukan oleh komputer. 2. Proses membekalkan dan memasang komputer di dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan kerja remeh yang banyak dan berulang-ulang dikerjakan oleh komputer. | Kamus Komputer |
kestabilan pengkomputeran(computational stability) | Tahap kemampuan sesuatu proses pengkomputeran itu dapat terus berfungsi dan menghasilkan output yang boleh diharapkan apabila proses tersebut dikenakan pelbagai keadaan tindakan yang boleh menyebabkan ralat, kesilapan, dan kerosakan. | Kamus Komputer |
komputerisasi | pengkomputeran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teknik daya kasar(brute force technique) | Teknik pengkomputeran yang bersandarkan kuasa kasar komputer untuk menyelesaikan masalah. | Kamus Komputer |
mesin keadaan terhingga(finite state machine) | Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
kedai terbuka(open shop) | Cara pengurusan kemudahan pengkomputeran yang membenarkan reka bentuk, pembangunan, perjalanan, dan pengujian atur cara dilakukan oleh pengguna sistem sendiri dan bukan oleh petugas bertauliah atau pihak pengurusan sistem yang khusus. | Kamus Komputer |
terhad kira(compute limited) | Sifat yang dimiliki peranti pengkomputeran yang terhad pengeluarannya disebabkan kelewatan pengkomputerannya. | Kamus Komputer |