pengerjaan | perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengolahan | perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengolahan | perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengolahan data(data manipulation) | Pengerjaan tugas memproses data, seperti pengendalian keluar-masuk, pengisihan, pengiraan, dan pelaporan terhadap data tertentu. | Kamus Komputer |
pengolahan bit(bit manipulation) | Pemeriksaan dan mungkin juga penukaran satu bit atau sekumpulan kecil bit dalam satu perkataan. | Kamus Komputer |
pengolahan bait(byte manipulation) | Kebolehan pemproses mengendalikan sekumpulan bit, atau bait, sebagai suruhan atau unit data. | Kamus Komputer |
pengolahan | perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. | Kamus Pelajar |
disertasi | pengolahan bertulis yg panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara yg diserahkan utk mendapatkan ijazah tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemvulkanan | proses pengolahan getah dgn sulfur (belerang) pd tekanan dan suhu tinggi utk menghasilkan getah yg lebih kuat dan kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengerjaan minyak | pengolahan minyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |