pengoptimuman | perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengoptimuman tempatan(local optimization) | 1. Pelarasan atur cara untuk menggunakan ciri tertentu pada seni bina sesuatu sistem dengan cara yang paling berkesan. 2. Penghapusan sebarang pengendalian tempatan yang tidak berfaedah, seperti memuatkan data ke dalam daftar yang memegang data yang sama supaya atur cara lebih cekap. | Kamus Komputer |
pengoptimuman(optimization) | 1. Proses mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan kecekapan pengendalian kepada yang paling sesuai dan terbaik. 2. Pelarasan atur cara untuk menggunakan sumber yang boleh didapati dalam sistem dengan cara yang paling berkesan. | Kamus Komputer |
pengoptimuman lubang intip(peephole optimization) | Lihat pengoptimuman tempatan 1. | Kamus Komputer |
optimum | 1. kedudukan (jumlah, paras, dll) yg terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll); 2. paling baik atau menguntungkan (bkn pengeluaran dll): pengeluaran yg ~ dgn kos yg rendah serta efisien hanya diperoleh melalui teknologi yg berintensif modal dan tidak pd teknologi yg berintensif buruh; mengoptimumkan merancang atau menjalankan kegiatan ekonomi dll dgn kecekapan maksimum: ke arah ~ potensi ekonomi umat Islam; pengoptimuman perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |